Pages

Wednesday 7 November 2012


UNIT 1 :         PENGENALAN

 

1.0          Konsep Umum Sistem Pengoperasian

 

Komputer pada masa ini memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat. Ia telah digunakan dalam berbagai-bagai aspek kehidupan manusia.

 

Dalam bidang perindustrian, sebagai contohnya, komputer telah digunakan dengan begitu meluas dan hampir semua teknologi moden pasti akan melibatkan penggunaan komputer. Dalam industri perkilangan , komputer telah digunakan bagi mengawal jentera dan juga bagi membuat rekabentuk. Begitu juga dalam urusan perniagaan dan perhubungan yang telah menggunakan komputer dalam banyak hal. Urusniaga bank dan pusat membeli-belah, kawalan trafik di lapangan terbang dan di jalanraya, semuanya telah dikendalikan dengan menggunakan komputer.

 

Bagi memahami cara komputer digunakan dalam semua  urusan kehidupan manusia, kita memahami cara perjalanan sistem komputer.

 

Dari segi fizikalnya satu sistem komputer terdiri dari unit pemprosesan pusat, ingatan utama dan beberapa peranti input-output. Walaubagaimanapun satu sistem komputer yang hanya terdiri dari perkakasan sahaja tidak dapat  diguna bagi melaksanakan apa-apa kerja yang berfaedah. Justeru itu semua sistem komputer mempunyai satu lagi komponen yang dikenali sebagai perisian.